Kisah Tulang Rusuk, mungkin saya bukan tulang rusuk dirimu.
AISYAH : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
AISYAH : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap AISYAH dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!
Kerana
Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah
mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya… Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami
masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda
ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup
yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam
membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka
mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada
suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran AISYAH lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan AISYAH dan secara
spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata
bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba AISYAH terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali
akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, AISYAH kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima
tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan AISYAH .AISYAH pernah ke luar negeri
tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui AISYAH tidak menunggu,
sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan
merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa
dia merindukan AISYAH.
Suatu
hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
AISYAH: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
AISYAH: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
AISYAH tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu
minggu kemudian, LELAKI menerima khabar AISYAH adalah salah seorang
korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk
kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar
bahawa sakit itu adalah kerana AISYAH, tulang rusuknya sendiri yang
telah dengan bodohnya dia patahkan.